Setiap manusia mempunyai pendapatnya masing-masing. Begitu juga berkaitan soalan antara ilmu dan harta, mana satu menjadi pilihan. Menurut Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib r.a, beliau telah menyatakan bahawa ilmu itu lebih baik berbanding harta. Hujah atau alasan yang diberikan bukan satu atau dua, tetapi 10 hujah bagi mengukuhkan jawapan yang mengatakan kelebihan ilmu berbanding harta.
Berikut adalah hujah beliau:
1. ILMU itu warisan (pusaka) para Nabi dan HARTA itu warisan Qarun, Syaddad, Fir’aun, dan lainnya.
2. ILMU menjagamu sedang engkau menjaga HARTA.
3. Pemilik HARTA mempunyai banyak musuh dan pemilik ILMU mempunyai banyak teman.
4. ILMU bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan HARTA kalau diberikan kepada orang lain akan berkurang.
5. Pemilik HARTA sering dipanggil si bakhil dan dihina, sedangkan pemilik ILMU dipanggil dengan sebutan agung dan mulia.
6. Pemilik HARTA akan di hisab pada hari kiamat, sedangkan pemilik ILMU akan memberi syafaat pada hari kiamat.
7. HARTA itu makin lama disimpan makin bertambah usang, sedangkan ILMU tidak akan lapuk atau usang selama manapun disimpan.
8. HARTA boleh membuat hati menjadi keras, sedang ILMU itu menerangi hati.
9. Pemilik HARTA selalu merasakan dirinya hebat sehingga mengaku dirinya tuhan, sedangkan orang yang berILMU selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.
10. ILMU tidak ada batasnya, sedangkan HARTA benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.
Semoga kita mendapat manfaat dan memilih ilmu daripada harta. Wassalam.
Sumber:
3. G3NT4SY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan