Ahad, 30 Januari 2011

~BaYaNGaN GuRauaN~

Bismillah..

Post kali ini, kita layan lagu bayangan gurauan, nyanyian Rahmat. Memang tengah rasa kerinduan, rindu pada siapa? Seharusnya kepadNYa. Namun sebagai manusia yang lemah, li akui perlu juga kepada rindu sesama manusia. Oleh itu, li tujukan lagu ini untuk teman-teman li yang mengenali diri li, khasnya buat Si Dia (dan juga pada keluarga li).

Dengarkanlah:



"Bayangan Gurauan"

Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan
Bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi
Jangan biarkan ku ternanti-nanti
Usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh! gadis misteri
Adakah kekal dan abadi

Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andaiku punyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu
Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam


Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali (Belum puas ku temui)

Dendangan : Rahmat

Rabu, 26 Januari 2011

TaNGGuNGJaWaB BaRu Li

Bismillah...

Lega rasanya tidak lagi menjadi dan memikul tanggungjawab sebagai guru tingkatan. Dalam kesukaan tersebut, rupa-rupanya ada tugasan yang baru perlu dilaksanakan. Li dilantik sebagai penyelaras tingkatan 5.

Alhamdulillah. Segala pujian hanya padaNYA. Itu sahaja ungkapan yang dapat li ungkapkan. Bukan bermaksud li memang mengkhendaki tanggungjawab tersebut, li tidak menduga sama sekali diberi tanggungjawab tersebut. Ikutkan hati, tidak mahu memikul sebarang tanggungjawab, tetapi, sampai bila. Tanpa ilmu, manusia buta. Oleh itu, terimalah seadanya.

Berikut adalah senikata lagu Tanpa Agama:

"Tanpa Agama"

Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia

Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada Tuhan kecuali Allah
Tuhan Yang Esa Lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah



Wassalam.

 

Rabu, 5 Januari 2011

ILMu VS HaRTa


Setiap manusia mempunyai pendapatnya masing-masing. Begitu juga berkaitan soalan antara ilmu dan harta, mana satu menjadi pilihan. Menurut Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib r.a, beliau telah menyatakan bahawa ilmu itu lebih baik berbanding harta. Hujah atau alasan yang diberikan bukan satu atau dua, tetapi 10 hujah bagi mengukuhkan jawapan yang mengatakan kelebihan ilmu berbanding harta.
Berikut adalah hujah beliau:

1. ILMU itu warisan (pusaka) para Nabi dan HARTA itu warisan Qarun, Syaddad, Fir’aun, dan lainnya.

2. ILMU menjagamu sedang engkau menjaga HARTA.

3. Pemilik HARTA mempunyai banyak musuh dan pemilik ILMU mempunyai banyak teman.

4. ILMU bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan HARTA kalau diberikan kepada orang lain akan berkurang.

5. Pemilik HARTA sering dipanggil si bakhil dan dihina, sedangkan pemilik ILMU dipanggil dengan sebutan agung dan mulia.

6. Pemilik HARTA akan di hisab pada hari kiamat, sedangkan pemilik ILMU akan memberi syafaat pada hari kiamat.

7. HARTA itu makin lama disimpan makin bertambah usang, sedangkan ILMU tidak akan lapuk atau usang selama manapun disimpan.

8. HARTA boleh membuat hati menjadi keras, sedang ILMU itu menerangi hati.

9. Pemilik HARTA selalu merasakan dirinya hebat sehingga mengaku dirinya tuhan, sedangkan orang yang berILMU selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

10. ILMU tidak ada batasnya, sedangkan HARTA benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.

Semoga kita mendapat manfaat dan memilih ilmu daripada harta. Wassalam.

Sumber:

Selasa, 4 Januari 2011

~IMPiaN KaSiH~

Bismillah.

Antara lagu yang li minati waktu di matrik. Mana tidaknya, waktu kumpulan In Team datang KMJ, li antara yang menonton persembahan mereka.

Waktu di universiti pun, waktu dengar ceramah Akyl Hayy, urusetia ada menyelitkan lagu ini. Sungguh indah bait-bait lagu ini, namun, masih tidak dapat menandingi kehebatan Al-Quran, subhanallah. Lama rasanya li tidak memaparkan potongan ayat-ayat Al-Quran, insyallah, akan menyusul tidak lama lagi.

Sebelum itu, mari kita dengarkan lagu Impian Kasih.



Wassalam.

Ahad, 2 Januari 2011

JaDuaL Li 2011 (1)

Assalamualaikum.

Jadual pengajaran sudah diterima. Tahun ini, li diberi tanggungjawab untuk memikul beban tugas mengajar Prinsip Perakaunan tingkatan 4 dan 5, Matematik tingkatan 5, Pendidikan Moral tingkatan 2 dan Pendidikan Sivik tingkatan 5.

JaDuaL MiNi Li 2011 (1)

Li cuba seusaha mungkin, insyallah, melaksanakannya dengan bertanggungjawab dan seikhlas mungkin. Amin.

Wassalam.

Sabtu, 1 Januari 2011

TaKZiaH KePaDa MaK UDaKu

Innalillahi wa innalilahi raji'un.

Bangun je pagi-pagi tadi, li dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama li. Mama kata Jiha dah meninggal. Rancangan hendak pergi ke sekolah terbantut. Li hari ini bertugas di bawah pengurusan koperasi, berkaitan pembelian buku pelajar-pelajar baru bagi tahun 2011. Oleh itu, li pun bersiap-siap untuk balik ke kampung di Batu Pahat.

Sampai di rumah nenek, li dapat berita yang Jiha, sepupu li yang berusia 2 tahun lebih (jika rakan-rakan perasan, gambar profile li dengan seorang budak, itulah Jiha), meninggal di Hospital Batu Pahat, kerana sesak nafas. Pemergiannya menyusuli bapanya yang lebih dahulu dipanggil oleh Ilahi lebih kurang 40 hari awal. Bersabarlah wahai mak udaku. Setiap makhluk yang bernyawa, pasti akan kembali kepadaNYA. Apa yang boleh kita buat, redhailah atas ketentuanNYA.


Coretan kali ini lebih kepada luahan li. Sekian, wassalam.