Rabu, 29 Disember 2010

ADaT ReSaM MeLaYu

Bismillah.

Coretan kali ini, li ingin memeriahkan lagi ruangan laman pilihan. Mana tidaknya, sudah hampir setahun li seolah-olah tidak menghiraukannya. Oleh itu, li telah memilih laman Adat Resam Melayu.


Laman ini membicarakan mengenai amalan-amalan masyarakat Melayu atau lebih tepat lagi disebut adat resam Melayu yang masih diamalkan dan dipertahankan sehingga ke hari ini. Antaranya melenggang perut, menyambut kelahiran, berendoi, bercukur jambul, bersunat, bertindik serta berkhatam al-Quran.

Tidak ketinggalan juga, diceritakannya adat menilik dan merisik, meminang dan bertunang, berinai di pelamin, bersanding, mandi-mandian atau berlimau, sambut-menyambut, bersalin, berpantang, mandi selepas pantang serta adat kematian. Adat kematian?


Terdapat 22 adat resam Melayu yang diutarakan di laman ini. Setiap adat tersebut dihuraikan secara terperinci dan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menambah pengetahuan mengenai adat resam Melayu, elok sekiranya laman ini dijadikan rujukan.

Sekian, wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan