Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Semasa sedang asyik berjalan-jalan melayari internet, mencari maklumat mengenai kemerdekaan, terjelapuk jatuh di laman blog KITA BERTEMU KERANA ILMU. Apa yang ingin li kongsi mengenai tips mengedit blog / laman web orang lain tanpa perlu keizinan dari pemiliknya.
Menarik bunyinya, li pun mencuba. Memang menakjubkan. Oleh itu, li pun menyalin kod yang diberi iaitu:
Menarik bunyinya, li pun mencuba. Memang menakjubkan. Oleh itu, li pun menyalin kod yang diberi iaitu:
javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0
dan memasukkan kod ini di address bar blog / laman web berkenaan.
Kemudian tekan butang Enter. Dan bolehlah membuat apa yang dikehendaki seolah² blog / laman web tersebut kepunyaan sendiri. Cuma yang tidak bestnya, cuma kita sendiri sahaja yang nampak perubahan yang dilakukan, orang lain melihat blog / laman web yang asal.
Walaubagaimanapun, selamat mencuba. Tidak rugi mencuba. Boleh juga di simpan, seperti kata ERIYZA, "Bila anda sudah berpuas hati, anda boleh menyimpannya (save) sebagai kenangan"
Jumpa lagi. Wassalam.
Sumber: KiTa BeRTeMu KeRaNa ILMu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan