Jumaat, 27 Ogos 2010

EDiT BLoG / LaMaN WeB RaKaN

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Semasa sedang asyik berjalan-jalan melayari internet, mencari maklumat mengenai kemerdekaan, terjelapuk jatuh di laman blog KITA BERTEMU KERANA ILMU. Apa yang ingin li kongsi mengenai tips mengedit blog / laman web orang lain tanpa perlu keizinan dari pemiliknya.


Menarik bunyinya, li pun mencuba. Memang menakjubkan. Oleh itu, li pun menyalin kod yang diberi iaitu:

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

dan memasukkan kod ini di address bar blog / laman web berkenaan.


[Contoh sebelum edit]

Kemudian tekan butang Enter. Dan bolehlah membuat apa yang dikehendaki seolah² blog / laman web tersebut kepunyaan sendiri. Cuma yang tidak bestnya, cuma kita sendiri sahaja yang nampak perubahan yang dilakukan, orang lain melihat blog / laman web yang asal.


[Selepas diedit / disunting]

Walaubagaimanapun, selamat mencuba. Tidak rugi mencuba. Boleh juga di simpan, seperti kata ERIYZA, "Bila anda sudah berpuas hati, anda boleh menyimpannya (save) sebagai kenangan"

Jumpa lagi. Wassalam.

Sumber: KiTa BeRTeMu KeRaNa ILMu