Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan yang Maha Mengasihani.
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah, dapatlah kiranya li mereka sebuah blog yang sudah lama diidam-idamkan selama ini. Walaupun seperti sudah ketinggalan, namun lebih baik ada daripada tiada. Kewujudan blog ini diharapkan dapat memeriahkan lagi dunia blog yang sudah berjuta-juta(mungkin lebih lagi) dan dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikongsi dan digunapakai dalam kehidupan seharian.
Untuk pertama kalinya, elok rasanya li bercerita mengenai diri li.
Nama diberi ialah Fadli Hazwan bin Mohammad Angawam, lahir di sebuah hospital yang berada di batu pahat(kini dikenali sebagai pusat kesihatan Batu Pahat), dilahirkan pada tahun 1986M, bertarikh 28 Julai, bersamaan 20 Zulkaedah 1406H. Li lahir pada hari isnin, mengikut pengiraan tahun masihi, sudah hampir 23 tahun, 1 bulan 28 hari li berada di dunia ini.
Sekarang menetap bersama keluarga, di Pondok Polis Parit Bunga, di daerah Ledang. Walaupun seharusnya li bekerja, namun berada di rumah sebenarnya suatu nikmat yang tidak dapat disia-siakan. Sambil duduk-duduk di rumah, li juga menternak ayam itik di rumah, sejak tamat belajar di UUM. Jumlah ayam itik tidaklah banyak mana, sekadar 80 ekor(termasuk anak-anak ayam dan 3 anak itik). Jumlah itik dalam 20 ekor, yang jantan dalam 4 ekor sahaja.
Sampai disini sahaja coretan li untuk kali ini. Akan disambung dalam coretan yang akan datang.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan