Rabu, 30 September 2009

FormatFactory

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman cikgu-li.blogspot.com. Hari ini, li dengan senang hatinya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai FormatFactory.

Perisian ini berfungsi secara mudah bagi menukarkan fail video kepada mana-mana format video dan audio, fail audio kepada mana-mana format audio dan fail imej kepada mana-mana format imej.

Mudah kata, FormatFactory ini dapat menukarkan pelbagai jenis format kepada format lain kerana perisian ini menyokong format MP4/ 3GP/ MPG/ AVI/ WMV/ FLV/ SWF( format video ), MP3/ WMA/ AMR/ OGG/ AAC/ WAV( format audeo ) dan JPG/ BMP/ PNG/ TIF/ ICO/ GIF/ TGA( format imej ).

FormatFactory juga dapat memperbaiki fail video dan fail audio yang telah rosak setra dapat mengurangkan saiz-saiz fail. selain itu, perisian ini menyokong 50 bahasa dan bersaiz 21.51MB

Perisian ini boleh diambil daripada

Setelah dimuat turun, extract fail zip dan rakan-rakan akan menemui sebuah perisian yang bernama FFSetup210. Pasang perisian itu sehingga selesai dan perisian ini mudah dikendalikan. Pemasangannya tidak mengambil masa yang lama, tidak sampai 1 minit pun.

Cara menggunakannya ialah rakan-rakan perlu tahu jenis fail manakah yang mahu diformat. Kemudian, pilih fail yang hendak saudara hendak formatkan, samada dalam kategeri video, audio dan imej. Selain itu, rakan-rakan boleh menggunakan fungsi penukaran DVD kepada file video, CD musik kepada fail audio, DVD/CD kepada ISO/CSo, ISO kepada CSO atau sebaliknya(berada pada tetingkap ROM Device/DVD/CD/ISO) dan mencantumkan fail video dan fail audio( pada tetingkap Advance ).

Sebagai contoh, li mahu menukarkan video li berformat AVI kepada RMVB. Maknanya, li pergi clik pada tetingkap video dan menekan butang All to RMVB. Kemudian, li memilih fail yang hendak li tukar dengan menekan butang Add File di penjuru kanan sebelah atas. Setelah menemui fail tersebut, tekan butang open dan kembali semula ke tetingkap All to RMVB.

Untuk menukar kualiti dan saiz fail, tekan butang Output Setting. Untuk mengambil bahagian-bahagian tertentu pada fail video itu, tekan butang Option. Dan jika mahu terus menukarkan kepada format RMVB, tekan butang Ok. Rakan-rakan boleh untuk menambah seberapa banyak fail yang hendak ditukar kepada format RMVB dengan mengulangi menekan butang Add File dan seterusnya.

Setelah menekan butang Ok, rakan-rakan akan kembali ke tetingkap FormatFactory dan tekan butang Start di bahagian atas tetingkap tersebut dan proses akan berjalan mengikut seberapa besar fail tersebut, semakin besar sesuatu fail, semakin lama masa yang diperlukan untuk menukar format. Setelah selesai proses penukaran format, tekan butang Output Folder dan rakan-rakan akan menemui fail yang telah selesai diubah format kepada RMVB.

Sekian sahaja pelajaran dan pembelajaran pada kali ini. Semoga bertemu lagi.

Wassalam.


Khamis, 24 September 2009

Perisian hijrah.exe

Remove Formatting from selection
Assalamualaikum..

Bersyukur ke atas ilahi, dengan limpah kurnianya, dapatla li mencoret di blog li yang masih kelihatan 'bersih' ini.

Di sini, li dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai software yang li miliki untuk sama-sama kita berkongsi manfaatnya.

Software ini dikenali dengan nama Hijri - Gregorian Converter, berfungsi untuk menukar sama ada daripada tahun masihi kepada tahun hijrah mahupun sebaliknya.

Li sudah cuba mencari sumber yang boleh rakan-rakan ambil untuk di download tetapi tidak diketemui. Makanya, bagi rakan-rakan yang ingin memiliki software ini, sila emailkan kepada li {fahaz8607@gmail.com}.

Seperti yang li beritahu, li ingin kongsi kepada rakan-rakan, dengan itu, tiada niat untuk li mengambil sebarang bayaran mahupun mengaut keuntungan, sebaliknya, ingin bersama-sama berkongsi ilmu dan perisian kepada rakan-rakan.

Jika ada sebarang cadangan dan idea, untuk li tempatkan software ini dimana-mana, dan jadi memudahkan rakan-rakan untuk terus mengambilnya tanpa melalui email. Tunjuk ajar rakan-rakan didahului dengan terima kasih.

Wassalam.


Mari Belajar

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan yang Maha Mengasihani.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah, dapatlah kiranya li mereka sebuah blog yang sudah lama diidam-idamkan selama ini. Walaupun seperti sudah ketinggalan, namun lebih baik ada daripada tiada. Kewujudan blog ini diharapkan dapat memeriahkan lagi dunia blog yang sudah berjuta-juta(mungkin lebih lagi) dan dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikongsi dan digunapakai dalam kehidupan seharian.

Untuk pertama kalinya, elok rasanya li bercerita mengenai diri li.

Nama diberi ialah Fadli Hazwan bin Mohammad Angawam, lahir di sebuah hospital yang berada di batu pahat(kini dikenali sebagai pusat kesihatan Batu Pahat), dilahirkan pada tahun 1986M, bertarikh 28 Julai, bersamaan 20 Zulkaedah 1406H. Li lahir pada hari isnin, mengikut pengiraan tahun masihi, sudah hampir 23 tahun, 1 bulan 28 hari li berada di dunia ini.

Sekarang menetap bersama keluarga, di Pondok Polis Parit Bunga, di daerah Ledang. Walaupun seharusnya li bekerja, namun berada di rumah sebenarnya suatu nikmat yang tidak dapat disia-siakan. Sambil duduk-duduk di rumah, li juga menternak ayam itik di rumah, sejak tamat belajar di UUM. Jumlah ayam itik tidaklah banyak mana, sekadar 80 ekor(termasuk anak-anak ayam dan 3 anak itik). Jumlah itik dalam 20 ekor, yang jantan dalam 4 ekor sahaja.

Sampai disini sahaja coretan li untuk kali ini. Akan disambung dalam coretan yang akan datang.

Assalamualaikum.