Rabu, 9 Oktober 2013

CLeVeR ENGiNeeR

Clever Engineer


A mathematician and an engineer are sitting next to each other on a long flight. The mathematician leans over to the engineer and asks if he would like to play a fun game. The engineer just wants to take a nap, so he politely declines and rolls over to the window to catch a few winks.

The mathematician persists and explains that the game is real easy and lots of fun. He explains, "I ask you a question, and if you don't know the answer, you pay me $5. Then you ask me a question, and if I don't know the answer, I'll pay you $5."Again, the engineer politely declines and tries to get to sleep. The mathematician, now somewhat agitated, says, "Okay, if you don't know the answer, you pay me $5, and if I don't know the answer, I'll pay you $50!"

This catches the engineer's attention, and he sees no end to this torment unless he plays, so he agrees to the game. The mathematician asks the first question. "What's the distance from the earth to the moon?"

The engineer doesn't say a word, but reaches into his wallet, pulls out a five-dollar bill and hands it to the mathematician Now, it's the engineer's turn. He asks the mathematician "What goes up a hill with three legs and comes down on four?"

The mathematician looks up at him with a puzzled look. He takes out his laptop computer and searches all of his references. He taps into the air phone with his modem and searches the net and the Library of Congress. Frustrated, he sends e-mail to his co-workers all to no avail.
After about an hour, he wakes the engineer and hands him $50. The engineer politely takes the $50 and turns away to try to get back to sleep.

The mathematician then hits the engineer, saying, "What goes up a hill with three legs, and comes down on four?" The engineer calmly pulls out his wallet, hands the mathematician five bucks, and goes back to sleep.



Rabu, 10 April 2013

kingsoft office 5.3.4


kingsoft office 5.3.4
dalam percubaan penggunaan software, untuk digunakan dalam n90 Tablet, li mencari alternatif bagi menggunakan software yang dapat menggantikan microsoft office. setakat penggunaan ini, berjalan seperti yang dikehendaki. mudah kata, li berpuas hati menggunakannya.

Li- masih tidak berjaya untuk mencuba masukkan gambar screenshot, belum jumpa kaedahnya dengan menggunakan tablet n90 nie.

Isnin, 8 April 2013

3756/3 : PRINSIP PERAKAUNAN (TiNGKaTaN 5- SPM 2013)



Assalamualaikum...

Maklumat penting dan terkini (8 April 2013) bagi para pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil SPM Prinsip Perakaunan pada tahun 2013, soalan kertas 3 sudah dikeluarkan. Sila layari:

a) Cg Narzuki Online
b) Terus ke soalan dan panduan

bagi mengambil soalan kertas 3 yang jangka hayatnya bermula dari 1 April 2013 hingga 30 Jun 2013.

Wassalam.

li- Payah soalan kali ini, kena study lagi...:)

Bermulanya semula...

Dah lama rasanya tidak diupdate blog nie. Macam ada lagi ke tak empunyanya...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Sepanjang tahun, dari bulan Januari hingga Mac, dan sedikit April, banyak benda boleh diceritakan. Tapi tak tercerita punya. Cuma sekarang, fokus untuk kawad bulanan badan beruniform (Kadet Bomba dan Penyelamat) 10hb April dan Esok, 9hb April, ada Quiz PNB di PPD. Baru dapat cari peserta, 3 orang, bacaan berdasarkan cadangan sumber rujukan utama di borang penyertaan.

Antara rujukan yang diberikan:
1. Prospektus Induk ASNB
2. Brosur-brosur ASNB
3. www.pnb.com.my, www.bnm.gov.my, www.sc.com.my, www.min.com.my dan www.akpk.org.my
4. Buku teks / buku rujukan Ekonomi, Perdagangan dan Prinsip Akaun (Tingkatan 4 dan 5)
5. Akhbar-akhbar utama tempatan

Bila sahaja melayari laman sesawang seperti yang dicadangkan, baru li tahu yang banyak maklumat berkaitan kewangan yang perli li kuasai. Dan secara tidak langsung, terasa seperti ada baiknya dapat menghantar peserta menyertai pertandingan ini. Apa-apa hal pun, lihatlah esok.

Wassalam.

PS- Banyak benda perlu diterokai, banyak ilmu perlu dikhatami, dan banyak juga pengalaman yang harus diambil pengajaran dan teladan.

Khamis, 6 September 2012

JoDoH, JoDoH & JoDoH

Tiada tuhan selain Allah, nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Li terjengah ke laman blog Mohadi dan terbaca cerita mengenai pengalaman beliau mengenai jodoh.
Mari sama-sama kita baca kisah beliau.

KeNaPa JoDoH TaK KuNJuNG TiBa?


Saya dan Ain berkahwin pada usia yang muda (dalam konteks zaman kami dianggap muda bila berkahwin pada usia 24). Pada usia 25 kami dikurniakan Najwa.

Indahnya dianugerahkan anak pada usia berkenaan menyebabkan saya dan Ain tidak punyai masa untuk berseronok-seronok ke sana sini melalui zaman bujang kami.

Ramai kawan-kawan yang mengusik Ain dan saya (kerana kami sebaya) semasa kami hulurkan kad jemputan perkahwinan.

“Wah, cepatnya kahwin. Amboi tak tunggu lama pun ya?”

“Ewah, terus ngap sayot aja ya? Kenal 6 bulan terus nak kahwin dah. Tak enjoy dulu Naz? Rugi tau tak enjoy”

“Baru umur 24 korang dah nak kawin? Ekonomi tak stabil lagi. Gaji baru berapa sebab baru kerja. Nanti belum apa-apa dah ada anak. Perempuan cepat nampak tua bila dah beranak pinak tau. Nanti tak sampai 30 tahun dah macam 40 an”

Semua usikan ini kami hanya balas dengan senyuman.

Disember ini usia perkahwinan kami mencecah 16 tahun. Anak-anak juga sudah ada yang remaja. Najwa sudah 15, Najman 13 dan Najmi 11 tahun.

Lucunya bila berjumpa teman-teman yang mengusik dahulu lain pula nada usikan mereka.

“Eh dah ada anak dara dah kau Naz. Dua hero nipun dah bujang dah haa. Aduhai, anak aku baru sekolah tadika anak kau pulak dah tak lama nak masuk universiti”

“Adui, ruginya kahwin lewat ni. Untung kau Ainon. Najwa dah macam adik beradik dah dengan mamanya.”

Sekali lagi kami tersenyum.

Teringat saya satu cerita yang pernah kami sembangkan di suatu petang semasa Najwa masih berusia 3 tahun

“Ain, nanti kan masa umur kita 50 tahun, Najwa dah 25 usianya. Dah keluar universiti dah. Bolehlah dia tanggung belanja adik-adiknya nanti”

“Entah-entah dia ikut jejak kita bang, habis belajar terus kahwin. Belum pencen dah bercucu dah kita agaknya.

Abang tau tak masa kat office kan, kadang-kadang we just know that we have shifted gears and moved on in our life as compared to our peers?” Balas Ain.

Tekun saya memasang telinga.

“Tadi masa kat office, sembang masa lunch dengan kawan-kawan. Ada yang sama umur dengan kita, ada yang senior.

Masa geng yang dah ada anak-anak kecil macam kita sembang pasal pampers, ruam lampin, anak dah mula merangkak, yang tumbuh gigi ada yang lagi senior usianya dari kita dan belum berkahwin bersembang perkara-perkara yang kita dah tak boleh nak relate dah tau bang?”

“Hmm..abang tak faham ni, maksud Ain?”

“Mereka ni cerita benda-benda macam erm.. nanti nak kahwin nak lelaki yang hensem, yang ada kumis, ada yang kata nak lelaki seksi ada bulu dada. Ish, dah tak boleh masuk dah kita dalam cerita-cerita macam ni.

Bila fikir kan bang, kesian sebenarnya. Apalah yang kawan-kawan kita yang belum kahwin tu cari agaknya dalam pasangan mereka kan?

Nak cari Mr Perfect agaknya. Tinggi sangat benchmarknya. Sampai sekarang masih sendiri.

Mereka ni semua sunyi tau bang?. Tak ada pasangan yang nak kongsi kegembiraan, sedih, mengadu, kesian kan?”

Saya terdiam seketika cuba menyusun ayat

“ Mana ada manusia sempurna kan Ain? Semua kita ni ada kekurangan. Yang sempurna tu Allah SWT.

Setiap pasangan tu memang ditakdirkan jodohnya saling melengkapi. Kurang si lelaki ditampung isteri. Macam tu jugak sebaliknya. Macam kita ni kan saling melengkapi kan?”

“Maksud abang?” Desak Ain inginkan kepastian

“Macam kita nilah. Ain suka dengar, abang yang banyak cakap. Abang tak pandai matematik, Ain ada degree dalam matematik. Kalau makan ayam goreng, Abang tak suka peha ayam tapi sukakan bahagian kepak dan dada. Ain pulak sebaliknya.

Kan saling melengkapi tu.

Li- Bersedia untuk berumahtangga... :)





Isnin, 3 September 2012

PLuS, PLuS, PLuS +++


Bismillahirrahmanirrahim

Coretan kali ini berkaitan pengalaman li di Projek Lebuhraya Utara Selatan atau lebih dikenali dengan singkatan PLUS. Bukan bermaksud li bekerja dengan syarikat tersebut, tetapi pengalaman yang sangat-sangat berharga, terutamanya ketika menghadapi kecemasan di lebuhraya.

Pengajaran pertama apabila menghadapi saat kecemasan di lebuhraya adalah pastikan kenderaan yang dipandu diletakkan di tempat yang selamat dari laluan kenderaan. Tempat yang seafdhalnya adalah di kawasan rehat R&R, namun kecemasan yang tiba-tiba berlaku seperti yang dialami oleh li, iaitu kemeletupan tayar belakang sebelah kanan, menyebabkan kami tersadai di lorong kecemasan.

Pengajaran kedua, hubungi anggota PLUS terus di talian 1 800 88 0000. Insyallah, mereka membantu. Jangan minta bantuan daripada orang yang anda tidak kenali, kerana kemungkinan anda akan 'disembelih', iaitu diperas duit anda dalam keadaan rela, melalui penarikkan kereta anda di bengkel. Menurut pengalaman ayah li, biasanya kenderaan yang dibawa ke bengkel dicaj lebih kurang RM200 dan secara automatiknya, mereka akan membuka enjin walaupun kita tidak memintanya berbuat demikian, agar dengan demikan, mereka dapat mengecaj lagi RM200 bagi upah pembukaan enjin, walaupun tiada tindakan yang dilakukan, hanya buka enjin sahaja. Bagi wanita pula, memang bahaya sekiranya berseorangan, mungkin diragut dan sebagainya. Oleh itu, jika kecemasan, hubungi pihak PLUS, nombor mereka terpapar di tiket PLUS yang anda terima sewaktu memasuki lebuhraya.

Pengajaran ketiga, jika anda dapat menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi, selesaikannya sahaja dalam kadar segera. Seperti yang li hadapi, masalah kemeletupan tayar dapat diatasi dengan menukar tayar yang telah rosak dengan tayar gantian. Mujur li bersama keluarga, kami bergotong-royong bagi menukar tayar yang tidak pernah kami pelajari dimana-mana. Hanya berpandukan buku panduan yang dibekalkan. Disamping itu, pastikan diri anda selamat ketika menukar tayar, kerana risiko dilanggar dari belakang cukup tinggi, terutamanya kenderaan berat yang tidak perasan kewujudan anda. Bagi wanita, jangan pening-pening kepala, hubungi sahaja pihak PLUS, walaupun anda mampu menyelesaikannya bersendirian.

Pengajaran keempat, pihak PLUS yang akan membantu anda, hanya akan datang dengan menggunakan kenderaan PLUS sahaja. Diulangi, menggunakan kenderaan PLUS sahaja. Oleh yang demikian, sekiranya ada pihak yang berkenderaan biasa, mengatakan beliau dari pihak PLUS, jangan mudah terpedaya. Maklumat ini diperoleh dari pihak PLUS sendiri, yang menasihatkan bahawa pihak PLUS tidak akan menggunakan kenderaan selain kereta peronda PLUS. Pakaian berlogokan PLUS, AAM dan sebagainya, mudah diperolehi di mana-mana, sedangkan penyamaran pihak berkuasa pun boleh berlaku, inikan pula pakaian berlogokan PLUS.

Pengajaran kelima, yang ini mungkin payah sedikit dan tidak semestinya diikuti. Ambil gambar mereka yang ingin membantu anda, seandainya mereka benar-benar ingin membantu, dan bukan dari pihak PLUS. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Hantarkan gambar mereka beserta nombor pendaftaran kereta mereka kepada keluarga anda, sekurang-kurangnya sekiranya berlaku juga kejadian yang tidak diingini, keluarga anda sedia maklum. Dan sekiranya pihak yang datang mengatakan ingin membawa kenderaan anda ke bengkel, jangan terima perlawaannya. Tunggu sahaja pihak PLUS. Apa pun yang berlaku, tunggu pihak PLUS.

Kesimpulannya, menjadi tanggungjawab anda untuk menyelenggara kenderaan anda tiga bulan sekali. Duit boleh dicari dan diganti, namun nyawa dan diri?

li- pengajaran dan pengalaman yang sukar dilupai di lebuhraya.

Sabtu, 11 Ogos 2012

...JuMaaT DePaN CuTi... (sambungan)

Subhanallah, ditambah lagi cuti, bukan sahaja hari Jumaat, hari Khamis pun diwartakan cuti. Berikut adalah keratan pekelilingnya.

CuTi KHaMiS & JuMaaT


Kesimpulannya masih sama, marilah kita memperbanyakkan amalan di akhir-akhir bulan Ramadhan, agar bertemu kita dengan Lailatul Qadar. Amin.

Wassalam.

Li- Terasa seperti Lailatul Qadar telahpun berlaku pada 21 Ramadhan yang lepas, tapi, cuma terasa je. Apapun, terawih mesti buat, Quran kena dibaca, sedekah wajib setiap hari walaupun senyuman. Zakat, insyallah sebelum cuti sekolah bermula.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia