Sabtu, 21 Januari 2012

MaDiHaH: JaGa HuBuNGaN DeNGaN ALLAH

Madihah: Jaga Hubungan Dengan Allah
Studio 1 IKIMfm Langgak Tunku, 14 Jan 2012 - Pelajar Cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal yang telah mengejutkan negara dengan kejayaannya meraih 20A dalam peperiksaan tersebut berpendapat bahawa resepi kejayaan beliau adalah kerana menjaga hubungannya dengan Allah, dengan manusia dan usaha. Beliau berpesan kepada semua pelajar Islam supaya menjaga hubungan dengan Allah dan tidak bergantung sepenuhnya kepada usaha sendiri.  "Siapakah yang memberi kejayaan itu kalau bukan Allah Taala, kalau kita tidak menjaga hubungan dengan Allah bagaimana kita boleh mengharapkan Allah memberi kita kejayaan?. Jika diperintahkan Solat pun kita tidak solat. Allah memainkan peranan yang penting dalam hidup kita, ujar beliau. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan amalan ibadat sunat yang beliau laksanakan kerana beliau bimbang akan timbul bisikan Iblis dan perasaan riak.
"Jika dinilai dari segi usaha saya, sebenarnya saya tidak layak untuk mengecapi kejayaan ini, mungkin ini kerana keberkatan dan keikhlasan saya kerana Allah dan untuk memberikan kebahagiaan kepada kedua ibubapa saya, tambah beliau lagi. Selain dari itu, pengurusan masa amat penting untuk seorang pelajar. 
Nik Madihah yang diwawancara oleh Dj Latifah Abdul Aziz itu turut ditemani oleh ibubapanya, En Nik Mohamad Kamal dan Puan Mariani Omar. Wawancara yang berlangsung selama sekitar sejam bermula dari jam 3 petang dalam segmen khas Alam Ria Si Kecil itu telah mendapat sambutan yang luar biasa dari para pendengar. Komen di facebook IKIM.fm juga mencatatkan sejarah tertinggi melebih 140 komen dengan lebih 700 menyukainya.
Nik Nur Madihah pada awalnya enggan untuk ditemubual kerana tidak gemar dengan publisiti yang diberikan disebabkan beliau merasakan belum berjaya sepenuhnya lagi. Namun akhirnya beliau bersetuju untuk sekadar perkongsian dengan adik-adik pelajar dan memberi semangat agar pelajar Islam turut berjaya cemerlang dalam peperiksaan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan baik dengan Allah Taala.Temubual eksklusif ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama penajaan dari Ar-Raihan Food Industries yang membantu menerbangkan kedua ibubapa Nik Nur Madihah dari Kelantan.
Madihah pada ketika ini sedang menjalani persediaan untuk menduduki Peperiksaan A Levels di Kolej Tuanku Jaafar sebelum berlepas ke United Kingdom untuk meneruskan pengajiaannya di bidang Fizik. Beliau di bawah penajaan biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM). Pelajar yang berpegang kepada prinsip "usaha tanpa tawakkal itu sombong, tawakkal tanpa usaha itu angan kosong" mengakhiri temubual dengan penuh kerendahan diri memohon maaf atas segala kesilapan beliau kerana beliau adalah insan biasa yang masih banyak kelemahan.
Atas permintaan ramai, pihak IKIMfm akan mengulangsiar temubual ini sedikit masa lagi, insya Allah.~IKIMfm


li- yang seronoknya ucapan terima kasih beliau di akhir wawancara, antaranya disebut guru-guru, ibu bapa... Dan paling utama, kepada Pencipta kita semua...


Sumber : IKIM.fm

Jumaat, 20 Januari 2012

| PRiNSiP PeRaKauNaN: NeXuS SPM A+, BooSTeR A+ TiNG 4 & 5 |

Alhamdulillah, segala puji yang layak hanyalah untukNYA, yang menguasai hari pembalasan.

Buku kali ini 100% daripada Sasbadi (kerana dapat percuma dari pembekal, alhamdulillah), yang diberi oleh En. Andy Goh (013-7549058; andygoh@sasbadi.com).

3 buku daripada Sy. Sasbadi Sdn. Bhd.

Li rasa tidak perlu li huraikan lebih lanjut, kerana sebelum ini pun li ada beri sedikit penerangan berkaitan syarikat buku Sasbadi ini. Secara keseluruhannya, buku aktiviti KBSM Booster A+ tingkatan 4 dan tingkatan 5 Prinsip Perakaunan tidak jauh berbeza dengan buku Axis KBSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan (kerana penulisnya pun orang yang sama).

Buku Nexus SPM A+ Prinsip Perakaunan pula lebih kepada buku rujukan, yang menghuraikan lebih lanjut kandungan buku teks. Memberi lebih nota dan kefahaman untuk li menerangkan kepada murid-murid.

Kesimpulannya, buku teks adalah keluaran Sasbadi, oleh itu rujukan yang paling sesuai untuk tujuan peperiksaan juga seharusnya keluaran Sasbadi, namun bagi tujuan meluaskan pengetahuan, rujukan-rujukan lain juga diperlukan terutamanya untuk mereka bergelar guru. Wassalam.

li- Jimat li bulan ni, terima kasih Sasbadi Sdn. Bhd. :)

Khamis, 12 Januari 2012

JaDuaL Li 2012 (2)

Bismilah, bismillah, bismillah, alhamdulillah... [Voices of Ummi]

Jadual Jan 2012

Jadual terkini, masih lagi dikekalkan sebanyak 22 jam kredit, alhamdulillah. Subjek pun tiada ditukar, hanya kedudukannya sahaja yang berubah.

li- 2 kali dalam bulan nie jadual tukar...

Ahad, 8 Januari 2012

JaDuaL GaJi 212

Bismillah.

"Menghitung hari, detik demi detik..." [Menghitung Hari - Melly Gouslaw]

Sedang seronok mendendangkan rangkap lagu di atas, terasa pula ingin melihat tarikh gaji yang bakal diterima dalam bulan ini. Makanya, li pun jumpa laman Tehramuan dan disediakan jadualnya seperti dibawah:

BulanTarikhHariCatatan
Januari16.01.12IsninTahun Baru Cina - 23 & 24 Jan
Februari23.02.12Khamis
Mac22.03.12Khamis
April25.04.12Rabu
Mei23.05.12RabuPesta Menuai - 30 & 31 Mei
Jun25.06.12IsninHari Gawai - 01 & 02 Jun
Julai25.07.12Rabu
Ogos13.08.12IsninHari Raya Puasa - 19 & 20 Ogo
September25.09.12Selasa
Oktober22.10.12IsninHari Raya Haji - 26 Okt
November06.11.12SelasaDeepavali - 13 Nov
Disember18.12.12SelasaHari Krismas – 25 Dis
Alhamdulilah, beberapa hari lagi (seminggu lagi rasanya), gaji baru gred DG4-4 bakal li terima. Dengarnya akan ada penambahan, syukur kepadaMu ya Allah, tuhan yang Maha Pemurah.

li- Insyallah, selasa nie pergi ke LHDN, untuk dapatkan no cukai pendapatan. Nak tak nak, kena pergi juga akhir.

Sunber: Tehramuan.com

Selasa, 3 Januari 2012

JaDuaL Li 2012 (1)

Alamdulillah, jadual untuk sesi 2012 sudah keluar, dan jam kredit cuma 22 sahaja.

Jadual berkuatkuasa 4 Jan 2012

Semoga dapat menjalankan tugas dengan amanahnya, insyallah.