Rabu, 30 Mac 2011

~SeMoGa KaMu DiRahMaTi ALLaH~

Bismillahirrahmanirrahim

Seronok rasanya malam tadi, mendengar lagu Baraka Allahu Lakuma daripada Maher Zain. Namun ada masanya ketika mendengar lagu tersebut, rasa berdesing telinga, samada perasaan ataupun memang lagu itu muziknya boleh mendesingkan telinga, wallahu'alam.

Baiklah, mari kita hayati lirik lagu tersebut sambil-sambil mendengarnya...


Wassalam.

Selasa, 29 Mac 2011

KiSS M?

Alhamdulillah, li sudah menghadirkan diri ke taklimat KISSM di SMK Senai kelmarin. Walaupun pada mulanya terlajak hampir ke lapangan terbang Senai, namun sampai jua ke destinasi yang dituju kira-kira jam 2.15 petang.

KiSS M

Terdapat dua tugasan, individu dan berkumpulan. Tugasan individu yang li perolehi berbunyi 'Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah *menghindarkan diri daripada memberi atau menerima 'suapan'. Nyatakan takrifan 'suapan'.' manakala tugasan berkumpulan terbahagi kepada dua soalan, iaitu "Apakah peranan penilaian Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan" dan "Terdapat 7 prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Jelaskan peringkat-peringkat tindakan yang terkandung dalam 4 daripada prinsip-prinsip ini.".

*Tugasan individu kelihatannya mudah, namun berkumpulan agak sukar sedikit. Namun, tiada masalah sebenarnya. Yang penting, 'rajin dan usaha tangga kejayaan' (li amik ayat ini dalam buku teks Pendidikan Moral tingkatan 2, yelah, hari nie kena ngajar bab tu pada budak2..he)

Wassalam.


PS : simbol * menunjukkan li tersilap ejaan, namun telah diperbetulkan. Maaf.

Isnin, 28 Mac 2011

|Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit|

Bismillah.

Bulan ini, cuma sebuah buku sahaja yang sempat li capai di kedai buku, itu pun beli di Kedai Buku Popular, sambil-sambil membeli buku latihan untuk Ateh dan Dila (adik li yang bungsu dan kedua bungsu). Buku yang dibeli bertajuk "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan permakanan, rahsia puasa, gerakan dalam solat dan sebagainya.

Buku + majalah bulan ni


Selain daripada itu, ada juga li beli buku, tetapi dalam kategori majalah iaitu Majalah Pengantin keluaran April 2011 dan Majalah Al-Islam keluaran April 2011. Pemilihan majalah Pengantin kerana majalah ini sarat dengan maklumat tentang hantaran-hantaran yang pelbagai serta gaya tudung bagi pengantin (tapi mama li kata cantik lagi tudung biasa daripada tudung-tudung yang dililit ntah ape fesyen ntah).

Majalah Al-Islam pula li pilih kerana terdapatnya rahsia bunga mawar yang jarang kita ketahui, iaitu tentang kelopaknya. Selain itu, wasiat yang diselewengkan serta rahsia malam jumaat yang sering dimomokkan dengan cerita-cerita hantu. Untuk maklumat lanjut, carilah di kedai-kedai buku yang berhampiran. Selamat membaca.

Wassalam.

Sumber:

Khamis, 24 Mac 2011

~PeRMaTa YaNG DicARi~

Laisalaha mindunillahi kaashifa...



Kenapa sejak dua menjak ini rasa tidak tenteram. Adakah kerana dia, ataupun kerana diri ini yang tidak sebegitu sempurna. Dan adakah terlalu banyak tugas kena selesaikan, makanya mengusutkan kepala. Dan adakah aku tidak bersyukur dengan pemberianMu, ya Allah?

Kesimpulannya, jangan putus asa. Wassalam.

Rabu, 23 Mac 2011

SuRaT UNTuK Li (21 Mac 2011)


Alhamdulillah, li dengan ini dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 P1T4, syukur terhadapNya.

Surat lantikan li

tarikh lantikan li


:D
Wassalam.

Selasa, 22 Mac 2011

JaDuaL Li 2011 (4)

Bismillahirrahmanirrahim

Jadual berubah lagi. Kali ini, li diarahkan untuk mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, 4 waktu bagi tingkatan 2. Oleh itu, waktu bagi subjek sivik dikurangkan sebanyak 4 waktu juga, menjadikan waktu mengajar li seminggu sama seperti yang lepas, 25 waktu, alhamdulillah.

JaDuaL MiNi Li 2011 (4)

Menjadi persoalan sekarang (takde masalah pun sebenarnya) adalah mencari Huraian Sukatan dan Sukatan Pelajaran PJK. Mudah rasanya untuk dicari iaitu di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Wassalam.

Jumaat, 18 Mac 2011

KaD KreDiT Li

La haula wala quwata illa billah...

Kad Kredit li

Cantikkan kad kredit ini. Inilah kad kredit yang li terima pada tahun lepas (kalau tak silap, bulan 12 kot). Li sebenarnya tidak ada keperluan untuk menggunakan kad kredit ini, dan li tidak minta pun kad kredit ini untuk li simpan. Jadi, macamana li boleh terima kad kredit ini?

Ceritanya begini, li mendapat panggilan daripada Maybank center, mengatakan li terpilih untuk menggunakan kad kredit Visa Maybank Petronas. Memang pada mulanya li tidak berminat, namun mungkin waktu itu li jahil, terpengaruh dengan kata-kata promoter, boleh disimpan dahulu dan digunakan waktu terdesak, li pun memberikan alamat rumah li (sebenarnya alamat sekolah) dan kata li setuju. Oleh itu, li pun dapat kad kredit, walaupun li sudah ada kad debit Maybank (yang ada gambar epal tu).

Penyata 1

Babak yang tidak menyeronokkan, li telah menerima penyata kad kredit tersebut, mengatakan li perlu membayar RM50. Terkejut juga li, belum pun li menggunakan kad kredit tersebut, sudah di caj RM50. Kemudian li terfikir, andai li menggunakan kad tersebut, memang pasti kena caj juga.

Penyata 2

Jadi, pilihan li sekarang, li perlu pulangkan kad tersebut dan meminta penjelasan, mengapa perlunya li di caj RM50 sedangkan li belum menggunakannya (kalau tak caya, kad kredit tu pun masih kat kertas dia lagi, bergam lagi dan li tak usik pun, pelik3).

Kesimpulannya, seperti yang selalu diperkatakan oleh penyampai IKIM.fm lebih kurang berbunyi, "Jika anda bijak menggunakan wang tunai, mengapa perlunya menyusahkan diri menggunakan kad kredit". Wassalam.

Isnin, 14 Mac 2011

HaTTa BeRTuNAnG

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan kehendakNya. Juga bersyukur juga kepadaNya kerana li dapat kembali ke rumah dengan selamatnya. Sebenarnya, li baru kembali daripada mengiringi salah seorang rakan serumah li yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan sekaligus majlis merisik (kiranya dua dalam satula...he).

Perjalanan li

Perjalanan bermula pada hari Jumaat (11 Mac 2011) selepas waktu persekolahan dan bermulanya waktu cuti penggal pertama persekolahan. Kami berdua solat Jumaat di salah sebuah Masjid di Ayer Baloi, dan meneruskan perjalanan ke rumah ibu angkat Hatta. Minyak diisi penuh di pontian lagi (mencecah RM100 jugak), dan berehat seketika di salah sebuah perhentian di lebuhraya.

Setelah mengambil ibu angkat Hatta, kami meneruskan perjalanan ke rumah Hatta. Ada sedikit majlis kesyukuran dibuat dan kami bertolak pada waktu malam. Kami pergi dengan kekuatan kenderaan sebanyak empat buah (2 exora, 1 forte dan 1 wira) dan mengisi lagi minyak di salah sebuah Petronas di Segamat (kali nie, tambah RM50 je).

Memandu di waktu malam memerlukan kecelikan mata yang maksimum, kerana waktu malam merupakan waktu berehat sebenarnya. Namun, majlis pertunangan akan berlangsung juga pada hari sabtu (12 Mac 2011), oleh itu, terpaksa juga sampai sana sebelum jam 12 tengahari. Syukur kepadaNya, kami tiba di rumah tumpangan pada jam 8 pagi. Waktu yang ada li tidak sia-siakan, terus li ambil bantal dan tidur. Memang lena rasanya.

Gambar li menyebuk

Jam 12 tengahari, kami bertolak ke rumah bakal tunang Hatta, tidak jauh dari rumah tumpangan yang kami menginap. Majlis selesai jam 2 petang. Banyak juga yang diperbincangkan, mengenai tarikh pernikahan, walimatulurus, jumlah hantaran dan sebagainya. Kami pun pulang ke rumah tumpangan.

Pada petang harinya, kami pergi ke Pasar Payong. Nama pun pasar, makanya aktiviti yang dilakukan adalah membeli-belah. Harga memuaskan, perlu kemahiran tawar-menawar harga. Li beli cenderamata untuk keluarga li, kiranya ole-ole dari Terengganu (mana taknya, pertama kali menjejakkan kaki ke ganu, jadi perlu rasanya ada buah tangan). Kemudian singgah ke Masjid Kristal. Ada majlis pernikahan dilaksanakan.

Setelah itu, singgah ke Kampung Losong, tidak berapa jauh dari kawasan Masjid Kristal. Kampung ini terkena dengan keropok lekor Losong. Harga juga memuaskan. Sesudah itu, kami pun beredar ke rumah persinggahan semula. Waktu malam, li tidak pergi ke mana-mana. Setelah selesai solat jamak maghrib dan isyak, li terus lena sampai ke subuh.

Nak balik dah nie

Pada hari ahad (13 Mac 2011), kami bergerak balik ke Serkam, Melaka. Kami meninggalkan Hatta di Terengganu. Kami singgah di Petronas mengisi minyak (habis RM85) dan seterusnya ke Pantai Cherating untuk berehat sebentar serta makan tengahari. Kami meneruskan perjalanan dan sampai di rumah Hatta pada jam 8.30 malam. Dan akhirnya, sampai di rumah jam 10.00 malam.

Begitulah perjalanan li mengikuti rombongan meminang bagi pihak Hatta. Wassalam.

Rabu, 9 Mac 2011

DuiT TaMBaHaN Li (2)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Sudah lama kiranya li tidak buat aktiviti kitar semula. Jadi, pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan 5hb Mac 2011, li pun melakukan aktiviti kitar semula di kawasan berdekatan rumah li. Li pergi hantar sendiri dan yang menyeronokkan, li menerima RM32.50, alhamdulillah.

Mari Berkitar Semula
Bila diimbas kembali, nilai barang-barang terpakai ini semakin bertambah. Sebagai contoh, dahulu (takde pun lama sangat, tahun 2009 je) 1 kilogram (kg) kertas bernilai 30 sen, sekarang (tahun 2011), meningkat kepada 37 sen. Banyak juga peningkatannya. Begitu juga dengan plastik (50 sen -> 60 sen) dan tin (35 sen -> 45 sen).

Kesimpulannya, jagailah alam sekitar kita. Jangan malu hendak berkitar semula, tidak berdosa pun, makin dapat pahala adalah. Wassalam.

Khamis, 3 Mac 2011

~SeSuNGGuHNYa~


بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu ini, li jadi guru bertugas. Dengan terdapatnya ujian Pendidikan Moral yang diawalkan seminggu berbanding ujian bagi subjek yang lain, memang boleh dikategorikan peringkat tekanan. Tambahan pula, perlu menyiapkan fail panitia, tekanan dari PPD yang melawat sekolah li. Perlu menghantar murid bermain bola sepak peringkat sekolah bermula Rabu hingga Jumaat (dahlah kena hantar sebab kereta li MPV, pastu kalah pulak tu, tekanan3), itulah rutin harian insan bergelar cikgu, bukan sahaja perlu mengajar (+ mendidik), hal-hal berkaitan pelajar pun perlu cikgu uruskan (padan muka, siapa suruh jadi cikgu...hahaha).


Bagi merehatkan minda, li pun mendengar lagu ini, sesungguhnya, yang didendangkan oleh kumpulan Raihan, sekurang-kurangnya, terasa seperti kurang tekanan, li pun tidak tahu kenapa.




"Sesungguhnya" 

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Dendangan : Raihan

Wassalam.

Sumber : Lirik Lagu