Isnin, 25 Januari 2010

SuRaT TaWaRaN PeLaNTiKaN SeBaGai GuRu SaNDaRaN TeRLaTiH SiSWaZaH


Bismillahi Rahmani Rahimi.

Berikut adalah sebahagian isi kandungan surat yang li terima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, yang berkait langsung dengan diri li.

- Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran, bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan ini melantik tuan/puan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSST) dengan dibayar elaun bulanan sebanyak RM 1901.80 dalam tangga elaun DC41:T5 RM 1901.80 - T10 RM2354.05.

- Tawaran pelantikan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan seperti di Lampiran 'A'.

- Bagi melengkapkan urusan pelantikan ini, tuan/puan adalah dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:-

i) meneliti syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan yang dinyatakan di Lampiran 'A';

ii) melapor diri kepada Pengetua/Guru Besar Sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri;

iii) melengkapkan Surat Akuan Penerimaan Pelantikan (5 salinan) dan Surat Akuan Sumpah (1 salinan) yang disertakan bersama-sama ini;

iv) mengemukakan satu Surat Akuan Penerimaan Pelantikan dan Surat Akuan Sumpah ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tuan/puan melapor diri ke sekolah;

v) mengemukakan satu salinan Surat Akuan Penerimaan Pelantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua/Guru Besar sekolah di mana tuan/puan berkhidmat;

vi) mengemukakan satu salinan Surat Tawaran Pelantikan kepada pihak pentadbiran sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi urusan pembayaran elaun; dan

vii) menyimpan salinan asal Surat Tawaran Pelantikan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran semasa sesi temuduga untuk pelantikan tetap.

Begitulah antara isi kandungan surat pelantikan yang li terima, masih lagi 'sandaran', dan masih belum diiktiraf mendapat gaji. Walau bagaimanapun, syukur kepadaNya, sekurang-kurangnya li telah dapat tugasan dan tanggungjawab yang memang ingin li pikul, bertujuan untuk membina anak-anak bangsa yang boleh dijadikan sumber manusia kelas pertama dan juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara; dengan pokok pangkalnya, ikhlas keranaNya.

Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.

Jumaat, 22 Januari 2010

Jadual li 2010 (1)


[Jadual li]

Bismillah.


Ini dia jadual li buat masa ini. Dengarnya akan diubah, kerana ura-ura ada pertambahan tingkatan 4 dan pengurangan tingkatan 1... Tunggu dan lihat sahajalah.

Sabtu, 16 Januari 2010

GaiaOnline


Assalamualaikum.
Lama sudah tidak mengemaskini blog ini. Sebenarnya, li berhibur di GaiaOnline. GaiaOnline? Apa bendanya ini?


Baiklah, untuk laman pilihan kali ini, li syorkan GaiaOnline. Laman ini merupakan sebuah laman komuniti, yang menggunakan ikon-ikon yang comel bagi memgganti diri kita, seperti yang li lampirkan di sini.



Untuk membinanya, rakan-rakan perlulah mendaftar.



Setelah proses mendaftar, rakan-rakan akan memperolehi ikon yang rakan-rakan cipta pada awal-awal tadi. Bagi menukar pakaian, alat-alatan dan sebagainya, rakan-rakan perlulah membelinya. Bagaimana untuk membeli? Rakan-rakan perlulah mempunyai 'gaia gold'. Gold ini dapat dicari dan dikumpul melalui bermain permainan (games), menyertai forum dan sebagainya.



Baiklah, untuk keterangan lanjut, cubalah rakan-rakan menyertainya dahulu, dan sebarang masalah, boleh diajukan kepada li, juga boleh bertanya kepada ahli-ahli forum di sana. Bertemu anda di sana.

Ops, lupa pula, li menggunakan nama ninja li... Jumpa lagi. Salam.

Selasa, 5 Januari 2010

Petikan Quran [ CaHaYa PeTuNJuK ALLAH ]

Assalamualaikum. Mari kita mulakan tahun baru ini dengan doa berikut (doa penerang hati):



( An Nur : 35 )

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (35)